↧
Cutie Cookies
↧
ANNOUNCEMENT : FOREVER 21 & CHARLOTTE RUSSE DRESSES SALE!
Salam and Hi :)
FOREVER 21& CHARLOTTE RUSSE merupakan brand yang diimport dari USA. Mungkin ramai yang pernah usha butik F21 kat Malaysia kan? Harga dia mahal kan? Harga dress rata-rata dalam RM199, RM ratus ratus. Biasanya orang masuk butik, jalan, pegang, letak and bye-bye tak jadi beli. Baju memang sangat berkualiti, tahan lama, trendy tapi tulah, harga dia *sorok dompet*
Charlotte Russe? Brand ni sebaris dengan Forever 21, Cotton On semua. Sangat terkenal di US tapi bukan di Malaysia sebab kita belum ada outlet dia. Seriously cantik gila dan kualiti fabric yang sangat ooomph! Chic look! Trendy.. Sangat unik! Macam nilah, kalau awak pakai brand ni, takkan sama dengan mana-mana rakyat jelata di Malaysia. Sila berbangga!
Tapi kali ni, kami akan buat SALE untuk dress brand F21 & Charlotte Russe. Semua dijamin 100% Original (bukan Petaling Street, kita import from US) dan 100% brand new (bukan pre-loved)! Masih ada price tag dalam American Dolar ($).. Harga pula jauh lebih murah daripada Butik F21 dekat OU, KLCC, Sunway, Pavilion. Harga lebih kurang jer dengan Baju² Korea. Tapi baju ni lebih berbaloi lah, sebab ada brand mahal :D Tak rugi invest duit beli baju branded lagi original sebab tak mudah rosak, orang tengok dari jauh pun kenal, "Eh tengok tu... Gorgeousnya awek tu pakai baju F21...." hehe...
JOM JOM JOM PUKUL 9 NI, MALAM NI YER :D
↧
↧
DOA Menghilangkan Sifat Malas :)
Assalamualaikum
Hai blog lama tak blogging. Malas katanya.. OK harini nak share satu doa untuk menghilangkan sifat MALAS. Doa ni diambil terus dari Al-Ma'thurat. Jadinya, memang terlepas dari unsur-unsur yang berbau khurafat.. Doanya sangat ringkas, padat dan mudah dihayati. Kalau usaha sikit, InsyaAllah sangat mudah untul dihafaz yer... Jom kita amalkan, semoga menjadi lebih rajin..
TERJEMAHAN
Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.
Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal.
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.
Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl.
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.
Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal.
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.
Tak lengkap doa kalau kita tak tahu cerita di sebalik 'Macamana doa ni boleh ada?' Setiap doa mesti ada sejarahnya, atau cerita asal-usul nya. Bab ni saya paling suka!!! Kalau masa belajar Syariah dulu, saya memang tunggu part Asbabul Nuzul :P Okay, tanpa bercakap banyak jom kita baca kisah Asbabul Nuzul nya....
ASBABUL NUZUL
(Sebab-sebab penurunan)
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri r.a. :
Masa zaman Rasulullah s.a.w dulu ada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah. Dia sangat miskin dan setiap hari (siang dan malam) dia tinggal di masjid. Cerita perihal keanehan pada diri Abu Umamah diketahui ramai sehingga Rasulullah s.a.w juga tahu. Baginda memanggil Abu Umamah dan bertanya kenapa dia bersikap begitu. Lalu, Abu Umamah pun cerita tentang betapa banyaknya hutang yang tak dapat dibayarnya sampai tak boleh nak balik dan tinggal kat rumah.. Bila dengar penerangan dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w merasa sungguh hiba dan berkata, "Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat? Amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu kelonggaran"... Rasulullah s.a.w terus membaca doa di atas.
Abu Umamah mendengarnya dengan baik dan dia membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w itu siand dan malam dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya. Lepas beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurang dan akhirnya hilang semua sekali dan terbuka mindanya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang berjaya sehingga semua hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya dan dia menjadi orang yang kaya raya...
P/S: Jom kita amalkan dengan istiqamah dan tawadhuk :)
↧
Review Gadget : Smart Pen boleh bersuara + boleh mengaji + MP3 Player + Voice Recorder + more.....
*Disclaimer : Sila mohon kebenaran dahulu untuk copy sebarang maklumat and credit it to my blog yea.. TQVM*
Assalamualaikum
Hello technophiles and technophobes ('-') Have you ever heard of Pen Pintar / Smart Pen? Or do you ONLY realize the existence of smart phones? Hihihi. Pada kali ini, saya mahu introduce kepada anda satu teknologi terbaru, Smart Pen buatan Malaysia yang bernama 'Pen Pintar Membaca My Iman' keluaran My Iman Technologies (M) Sdn. Bhd. Kenapa dia dinamakan pintar? Sebab pen ini bukan sekadar pen. Malahan, ia boleh mengeluarkan suara bila kita point pada words/objects. Menariknya pen ini :
- Boleh membaca ayat² suci Al-Quran
- Boleh memberi terjemahan/ Tafsir Al-Quran
- Boleh membaca himpunan doa² harian
- Boleh membaca himpunan doa² Haji dan Umrah **akan datang
- Boleh bercakap Melayu
- Boleh bercakap English
- Boleh bercakap Arab
- Boleh bercakap Cina **akan datang
- Boleh menyanyi
- Boleh dijadikan sebagai MP3 Player
- Boleh dijadikan sebagai Voice Recorder
Kotak Smart Pen My Iman
Maintenance : Super easy! User friendly.. Cara charge sama macam charge handphone... Sangat practical. Boleh guna plug or simply charge it using USB cable. HOWEVER, avoid overcharging because it can weaken the battery lifespan.
Comes in various colors. Saiz smart pen ini hampir sama dengan saiz Highlighter. Just nice dan sedap digenggam. Sesuai untuk semua peringkat umur kerana bentuk yang direka sangat ergonomik, iaitu dapat mengurangkan muscle strain :)
PAKEJ AL-QURAN
- 1 naskhah Al-Quranul Karim
- 1 Indeks Surah² Al-Quran
- 1 Muqaddam + Surah Yasin
- 1 Buku Basic Islamic Teaching
- 1 Buku Asas Bahasa Arab
- 1 Smart Pen
- 1 Charger (USB + Plug)
- 1 Earphone
- 1 Warranty Card (1 year)
- Al-Quranul Karim ini diberi dalam paper bag My Iman (tak bubuh dalam kotak) untuk menjaga kesucian kitab suci :)
- Sangat berkualiti sebab hard cover dan guna kertas yang elok untuk setiap page. Bersaiz medium. Menggunakan cara penulisan Rasm Uthmani. Maksudnya, tulisan standard yang sangat mudah untuk dibaca.
- Bukan macam Al-Quran Digital yang biasa kita jumpa di pasaran sebab ia memang betul-betul kitab, bukannya gadget elektronik. Biasanya, gadget elektronik akan menimbulkan banyak kesilapan teknikal, macam salah ejaan la, salah tajwid dan sebagainya. Tapi, kerana Al-Quran ini dalam bentuk kitab, proses pencetakan sangat diteliti dan InsyaAllah bebas dari unsur kesilapan teknikal (mendapat kelulusan KDN)
- Berbeza dengan naskhah Al-Quran di pasaran, bila pen pintar dihalakan pada mana² muka surat Al-Quran My Iman, pen ini akan membaca ayat satu persatu. (Guna sebagai penunjuk bersuara)
- Kita juga boleh tekan butang 'Next' kalau nak switch Bacaan Al-Quran ⟷Terjemahan. Ia sangatlah praktikal sebab ada Al-Quran dan Tafsir dalam satu masa. Ia memudahkan kita untuk lebih menghayati maksud ayat tertentu dengan lebih cepat tanpa perlu mengambil masa membelek Tafsir. Terus tahu maksud on the spot.
- Boleh membantu meningkatkan prestasi pembacaan. Bila dengar bacaan Qari, kita boleh tiru, rekod suara sendiri dan ulang dengar bacaan kita. Insya Allah, boleh membantu meningkatkan penghayatan, kelancaran dan minat. A must-have gadget untuk kemunculan bulan Ramadhan ni :)
- Indeks Surah Al-Quran -Boleh dilipat, mudah dibawa ke mana-mana. Beza dengan naskhah Al-Quran di atas, indeks ini untuk pembacaan penuh - baca keseluruhan satu surah terus. Xde stop-stop kat ayat mana kita nak stop. Ada terjemahan :)
- Surah Yasin + Muqaddam (Juzuk 30). Sesuai untuk adik-adik yang beginner. Tak berebut dengan mak. Cara guna : Cuma point pen pada ayat. Macam penunjuk (biasa kita guna lidi jer). Tekan butan 'Next' untuk switch Bacaan Al-Quran⟷Tafsir.
Untuk melihat sendiri kehebatan pen pintar ini, anda digalakkan untuk menonton video ini yaa.. Enjoy!
PAKEJ KANAK-KANAK
- 1 Muqaddam + Surah Yasin- 11 buah buku akademik
- 1 Buku Basic Islamic Teaching
- 1 Buku Asas Bahasa Arab
- 1 Buku Pintar Membaca 1
- 1 Buku Pintar Membaca 2
- 1 Buku Pintar Membaca 3
- 1 Buku Pintar Membaca 4
- 1 Buku Read With Me (Sounds Of The Alphabets)
- 1 Buku Read With Me 1 (Phonic Approach)
- 1 Buku Read With Me 2 (Phonic Approach)
- 1 Buku Read With Me (The 45 Keywords Part 1)
- 1 Buku Read With Me (The 45 Keywords Part 2)
- 1 Smart Pen
- 1 Charger (USB + Plug)
- 1 Earphone
- 1 Warranty Card (1 year)
- Sesuai untuk kanak² berusia seawal 1 tahun dan keatas. Lagi awal lagi bagus untuk merangsang sel² otak.
- Alat bantu pembelajaran yang sangat magic! Setiap tulisan, gambar, background untuk setiap page mampu mengeluarkan bunyi dan dalam bentuk interaksi. Ini menarik minat kanak² untuk membaca.
- Produk ini memberi manfaat seumur hidup kerana boleh digunakan dari generasi ke generasi. Pembelajaran bermula dengan basic/teori iaitu mengenal huruf, cara sebutan suku kata, cara sebutan diftong, membaca perkataan dan akhirnya membaca petikan pendek (macam silibus kat sekolah kan?) Tetapi dengan presentation yang lebih canggih, lebih menarik minat kanak².
- Tiada masalah kalau kanak² belajar bersendirian kerana smart pen ini mampu guide pembelajaran. No teachers required. Tapi kalau nak pantau, lagi bagus dan digalakkan :)
- Koleksi keseluruhan buku² ada 150 buah buku **atau mungkin semakin bertambah. Maknanya, more books to come.. YAYYY!! Cuma perlu upgrade sekiranya ada buku koleksi baru. Bagaimana? Masukkan data koleksi baru ke dalam pen *Perlu bantuan dealer*
- Bukan itu sahaja, pen ini juga mampu menyanyi/sing along bersama kanak².. ^__^
- Yang menariknya, pen pintar ini seolah-olah berinteraksi dengan kanak². Sebagai contoh : Objek Angsa. Apabila anda pointkan pen pada Angsa, ia bukan sekadar menyebut 'Angsa', malahan membuat bunyi angsa... Kanak² pasti terhibur..
- Ia turut memuatkan game yang sangat mencabar IQ. Turut disediakan jawapan..
- Pembelajaran ialah secara berperingkat. Kanak² dapat merekod suara mereka dan ulang dengar apa yang diperkatakan dan ini dapat meningkatkan prestasi pembelajaran.
- Bukan itu sahaja, Pakej ini turut mengandungi Muqaddam + Surah Yasin. Sesuai untuk kanak² belajar mengaji Al-Quran. Terjemahan turut disediakan.
- Bagi saya, pen pintar ni sangat berbaloi berbanding membelikan anak² dengan toys atau membiarkan anak² menggunakan laptop anda kerana pen pintar bebas daripada unsur 'Nonsense games'. Meaning, your child tend to learn more than what you expect.
Masih banyak kelebihan yang susah untuk saya terangkan dan taip di sini. Sekiranya anda berasa kurang yakin dengan penerangan saya, bolehlah tengok sendiri video untuk gambaran lebih jelas betapa syoknya pen ni :)
PAKEJ FULL
(PAKEJ AL-QURAN + PAKEJ KANAK-KANAK)
- 1 naskhah Al-Quranul Karim
- 1 Indeks Surah² Al-Quran
- 1 Muqaddam + Surah Yasin
- 11 buah buku akademik- 1 Buku Basic Islamic Teaching
- 1 Buku Asas Bahasa Arab
- 1 Buku Pintar Membaca 1
- 1 Buku Pintar Membaca 2
- 1 Buku Pintar Membaca 3
- 1 Buku Pintar Membaca 4
- 1 Buku Read With Me (Sounds Of The Alphabets)
- 1 Buku Read With Me 1 (Phonic Approach)
- 1 Buku Read With Me 2 (Phonic Approach)
- 1 Buku Read With Me (The 45 Keywords Part 1)
- 1 Buku Read With Me (The 45 Keywords Part 2)
- 1 Smart Pen
- 1 Charger (USB + Plug)
- 1 Earphone
- 1 Warranty Card (1 year)
SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR. DARI USIA SEAWAL 1 TAHUN SEHINGGA WARGA EMAS. BOLEH KONGSI :DD Sebab kalau Full Package, kita boleh guna untuk sendiri pakai, parents kita pasti suka, grandparents juga pasti gembira, adik² pun lagi seronok. Boleh kongsi² guna. Sungguh menjimatkan!
Tapi, i takde adik² kecik, takde sepupu² kecik, jiran kecik² pun tiada. Siapa mahu pakai pakej kanak² itu?
1) Ambil saja Pakej Al-Quran and it is a little bit pricey(-.-)
2) Anda simpan dahulu Pakej Kanak-Kanak yang disertakan buat sementara waktu. Bila memerlukan, anda boleh guna. Contoh : One day, u mungkin akan ada anak or anak saudara kan?? Or maybe one day, ada kanak² datang rumah, kalau dia mengamuk, boleh pujuk guna set ni kan??.. As easy as that :)
MP3 PLAYER & VOICE RECORDER
- Tekan butang 'On' sebanyak 2x untuk fungsi MP3 Player. Boleh dengan lagu Maher Zain or anything you wish~
- Tekan butang 'Play/Pause' untuk mendengar lagu atau menghentikannya.
- Speaker berada di bahagian belakang smart pen. Ada earphone kalau nak dengar sorang :)
- Boleh muat turun lagu melalui port USB yang disediakan kat bahagian tepi smart pen. Hanya sambung pada computer, copy paste je MP3 file yang kita nak dan letak dalam folder.
- VOICE RECORDER - Ada built-in-microphone kat bahagian depan. Boleh record suara dan ulang dengar. Sangat sesuai kalau nak tahsin (memperbaik) bacaan Al-Quran.
HARGA
Pakej Al-Quran = RM300/setPakej Kanak-Kanak = RM300/set
Pakej FULL =
Ramai yang kata RM380 ni mahal. SEBENARNYA TIDAK!!! Cuba kita sum up semua application ni satu per satu mengikut harga pasaran sekarang (roughly - harga takdela tepat)
Senaskhah Al-Quran (RM40) + Tafsir Al-Quran (RM30) + Muqaddam (RM15) + Buku Yasin (RM5) + Smart Pen (RM300) + MP3 Player (RM150) + Voice Recorder (RM150) + Buku kanak² (RM80) + Earphone (RM10) = sepatutnya RM780 (?????? mahalnya)
Macam tu lah lebih kurang... Gadget yang best ni SANGAT MURAH.. Tambahan lagi, bahan yang dgunakan memang saya akui amat berkualiti tinggi dan mempunyai waranti 1 tahun..Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Promosi yang sangat-sangat-sangat best!!
Senaskhah Al-Quran (RM40) + Tafsir Al-Quran (RM30) + Muqaddam (RM15) + Buku Yasin (RM5) + Smart Pen (RM300) + MP3 Player (RM150) + Voice Recorder (RM150) + Buku kanak² (RM80) + Earphone (RM10) = sepatutnya RM780 (?????? mahalnya)
Macam tu lah lebih kurang... Gadget yang best ni SANGAT MURAH.. Tambahan lagi, bahan yang dgunakan memang saya akui amat berkualiti tinggi dan mempunyai waranti 1 tahun..Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Promosi yang sangat-sangat-sangat best!!
BERMINAT?
Kepada sesiapa yang berminat dengan promosi / ingin booking dahulu / ada sebarang pertanyaan boleh email saya di ...sarazaqea@gmail.com...sila PM saya yaa untuk special price.. Insya Allah saya akan berikan servis yang terbaik untuk anda semua... Niat saya hanyalah untuk berkongsi segala kebaikan tentang produk ini terutama sempena bulan mulia yang akan muncul tiba :)
P/S : I'm helping out my mom and my aunt ('-')v
Bye :) Thanks for reading yaa ! Semoga mendapat manfaat :)
↧
Fine lines under eyes. Please go awayyyyy....
Assalamualaikum
Hello fine linessssss >:( you ruined my moods!!!!! (bukan wrinkle sebab i bukan nenek tua..hehe). Setiap pagi, belek muka mesti slacking betul laaah alahaiii fine lines bawah mata. Dah macam akar serabut dah aku tengokkk. Itu monolog dalaman yer. Tapi betullah. Sungguh tak puas hati bila tengok garisan halus samar-samar bawah mata. I'm no beauty queen bak kata Sel tapi macamana uolls erase all the lines ye? Mind sharing :)
Diagram mata lebih kurang macam ni :
FAKTOR PENYUMBANG :
- I pemakai tegar contact lens. Saya rabun jauh. harap maklum :D
- Suka genyeh mata sebab pakai lens lama². Biasalah tu. Student..
- Genyeh mata kaw-kaw-kaw punye. LUPE SEJAP KULIT MATA NIPIS DAN SENSITIPPP :'(
- Tengok dah berakar tunjang dan berakar serabut ..... Aaaaa sudahhhh....
HELPPPPPP!!!!!
NAK BUAT APEEEE NI SEKARANGG???
MY SOLUTION :I tak kira I nak tepek Krim Kontur Mata Safi Balqis Perfect 10 setiap malam 15g.. keh3
FAKTA TENTANG KRIM KONTUR MATA NI :
- Kesian dia... Baru selamat keluar dari kotak. Beli masa bulan April dulu sebab eye bag besor gilor berdimension 14mmx15mm
- Harga : Sangat murah. Around RM10 kot. Saya beli jenama drugstore je. Hehehe. Standard lah. Student. Brand drugstore lain, mesti mencecah puluhan ringgit :(
- Effectiveness : Untuk case eyebag besor gilor saya haritu, Bagus sangat weyyyyyy. Hilang dalam 1 week. Tapi kan, kulit area mata jadi pelik sikit. (SEBAB SAYA TEPEK BANYAK GILERRR OVERLIMIT KONON ESOK TERUS TAKDE EYEBAG) No wonder lah kulit pelik. Korang kalau nak pakai, pakai ikut arahan ya.
- Saya pakai sesuka hati. Tak konsisten... Lepas tu terus masuk kotak. Sekarang baru jejak kasih balik..
SEMOGA AKAR-AKAR SERABUT NI HILANG... SHUHHH SHUHHH FINE LINESSSS... GRR
I would love to put the outcome really² soon :)
↧
↧
Molekul Air Zam-Zam VS Molekul Air Heavy Metal.. (Ada gambar)
Assalamualaikum
Info kali ni sangat penting untuk pedoman semua... Sebelum tu kita main survey-survey ya... Berapa orang yang baca 'Bismillah' sebelum minum? Berapa orang yang minum sambil pasang lagu? Berapa orang yang bad mood lepas tu mencarut depan minuman? Haaaa.... Lepas kita tengok molekul-molekul air yang berbeza ni, harap-harap lah kita semua tak memandang remeh kelebihan air zam-zam, air yasin, air yang dibaca ayat Al-Quran dan kepentingan membaca 'Bismillah' sebelum minum :)
1) Cerita Dr. Masaru Emoto (1)
Berikut ialah 'Penyelidikan Perubahan Molekul Air' yang diselidik oleh Dr. Masaru Emoto (Yokohama University). Dia telah menggunakan air yang sangat murni, iaitu air mata air dari Kepulauan Honshu. Untuk setiap proses, air itu didinginkan sehingga mencapai suhu -5C kemudian dilihat menggunakan electron microscope yang dilengkapi dengan high speed camera :
- Air itu dibacakan doa dalam agama Shinto
Membentuk kristal segi 6 yang indah
- Air itu dibacakan 'Arigato' (Thank you dalam bahasa Jepun)
Membentuk kristal yang sangat indah
- Air itu disebut perkataan 'Syaitan'
Membentuk kristal yang buruk
- Air itu didengarkan music Symphony Mozart
Membentuk kristal yang berbunga indah
- Air itu didengarkan music Heavy Metal
Kristal hancur!
- Air itu dibacakan doa dalam agama Islam
Membentuk kristal segi 6 yang indah dan berkilauan! SUBHANALLAH
2) Cerita Dr. Masaru Emoto (2)
Selepas penyelidikannya berjaya, beliau telah mengadakan satu seminar. Rata-rata orang bukan Islam yang hadir. Dr. Masaru Emoto menunjukkan molekul-molekul air yang buruk sehinggalah yang terakhir, molekul air itu sangat indah, kristalnya bercabang-cabang dan berkilauan!

Dr. Emoto : Molekul air apakah ini?
Hadirin :(Senyap)
Peserta dari Malaysia : Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia..
Dr Emoto : (Angguk) Saya tak pasti air itu mulia atau tidak. Tapi memang benar, ini molekul air zam-zam..
![]() |
Molekul air zam-zam |
Ternyata air boleh "mendengar" kata², "membaca" tulisan dan "mengerti" perasaan
3) Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di Malaysia.
Sewaktu persidangan itu diadakan, air dari seluruh dunia telah dikumpul. Setiap air diuji kehebatannya dengan menggunakan 'kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh' untuk melihat gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji.
Kehebatan Air Zam-Zam
- Begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini
- Strukturnya tidak berubah
- Tidak terjejas dalam apa sahaja tekanan yang diberikan padanya dan ia tetap utuh
- Hanya air ini sahaja yang mampu merakam dengan TEPAT gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu² tertentu.
Ini menyebabkan seorang Professor Jepun memeluk Islam kerana beliau tahu air zam-zam hanya ada di Kaabah.
3) Menyingkap rahsia di Kaabah
Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah, ada terkandung air yang bersifat Alkali, iaitu air zam-zam (air yang merakam segala niat jemaah² yang datang secara gema gelombang). Niat ini bukanlah niat yang negatif kerana kita pun sudah biasa dengar betapa ramainya jemaah tersesat di Masjidil Haram, tersesat balik ke hotel sebab menyimpan niat negatif, kerana segala niat yang negatif itu terakam maka termakbullah permintaan itu. Dengan itu, ia menjadi peringatan supaya kita insaf.
Hanya orang yang betul² ingin tahu kehebatan air zam-zam saja yang dapat merasai kehebatannya. Bila niat kita benar² ikhlas, memohon taubat dan keampunan, maka dengan sendirinya kekuatan air zam-zam merakam niat jemaah tadi. Bila jemaah tadi melakukan tawaf 7x pusingan ke kanan, berlaku pula resonan, maka penyerapan dosa² itu terjadi. Kaabah dan Hajarul Aswad memegang rahsia mengapa ia berwarna hitam. Selepas itu, jemaah akan berasa tenang, lapang serta sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasa kebesaran Allah SWT..
4) Air Sumber Penyucian.
Kerana air berupaya merakam gema serta niat. Contoh :
- Wuduk baca niat
- Mandi wajib baca niat
- Tempat terkena musibah akan ada taufan, ombak, gempa bumi dll. untuk serap/seimbangkan semula
Tak lain tak bukan, Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar isyarat agar jangan kita terbuai dan terhanyut jauh oleh nafsu dan segera kembali ke pangkal jalan...
5) Ayat Al-Quran tentang Air.
Allah SWT selalu menarik perhatian kita kepada air :
- Air bukan benda mati
- Air menyimpan daya ingatan
- Air menyimpan kekuatan
- Air menyimpan daya penyembuh
Islam pula adalah agama yang paling melekat dengan air :
- Solat fardhu wajib berwuduk 5x sehari
- Solat sunat & pegang Al-Quran juga wajib berwuduk
- Persetubuhan dan wanita haid wajib mandi majib
- Jenazah wajib mandi jenazah
6) Air dan Badan Manusia
60%-70% daripada badan kita terdiri dari unsur air. Cuba kita fikir ya, apa akan jadi kalau kita membuat sesuatu yang positif / negatif?
Menurut Ustaz Zamri IKIM, kalau kita dengar benda tak berfaedah dan berbuat negatif, molekul air dalam badan kita tak cantik. Rohani dan jiwa kita bagaimana? Jiwa kita pun kacau sama macam molekul air, rasa tak tenang. Kalau kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-Quran, berfikiran positif, insyaAllah rohani dan jiwa kita akan tenang sama macam molekul air zam-zam yang cantik, sangat indah dan berkilauan.
Wallahualam. Renung²kan dan selamat beramal..... Cerita di atas diolah semula oleh saya dalam bentuk yang lebih ringkas. Kalau nak baca original version,KLIK SINI(credit to http://addin.ritanm.com/tag/molekul-air-zam-zam/)
↧
Sumpahan Hollywood : 27 Club .. (Entri Seram)
Dulu, ada satu rancangan ni menarik minat betul. Pasal dokumentari 13 Jenis Sumpahan Hollywood. Memang seriously menakutkan and bila tengok, I bet semua orang akan cakap "Eh..betul wey takut nyaaaa. Mana bantal mana bantal?". Dan salah satunya ialah 27 Club. Memang seram. Warning :Sape penakut, boleh hentikan pembacaan sekarang.
Yang menariknya, kematian Amy Winehouse semalam pun tergolong dalam 27 Club.. Wallahualam. Ajal maut di tangan Tuhan. Takde lah percaya pun dan semua ni kebetulan. Anyway, tulis punya tulis, jom tengok siapa tu Amy Winehouse. Sy sendiri pun tahu nama je and pernah dengar sebutir je lagu dia, Rehab.
Amy Winehouse ni penyanyi terkenal kat British. Banyak menang Grammy Award. Suara sedap, tak rock pun. Duffy dengan Adele tiru suara dia lah sebab tu famous hikhikhik. Lepas tu dia dah kawin dah tapi kuat sangat ambil dadah. Cocaine tu bubuh dalam hidung setiap masa. Parah sungguh.
Sumpahan 27 Club tu macamana?
27 Club / Forever 27 Club / Club 27 ni merupakan sumpahan bagi artis Hollywood yang mati muda tapi kenapa mati muda mesti umur 27 tahun? Ishh. So, terhasillah group ni. Sebab tu diorang kan, bila sape² yang sambut birthday ke-27, diorang mesti takut. Haritu orang aim Britney Spears. Tapi lepas pulak, still alive. Sekarang orang perhati artis 27 tahun ni (Amy Winehouse & Lindsay Lohan). Tiba-tiba aim mengena. Amy Winehouse dah takde umur 27 tahun.
Ahli 27 Club :
1) Brian Jones (Rolling Stones)
- Mati sebab lemas dalam swimming pool masa umur 27 tahun 125 hari.
2) Jimi Hendrix (The Jimi Hendrix Experience)
- Mati sebab makan sleeping pill + wine masa umur 27 tahun 295 hari.
3) Janis Joplin (Big Brother and The Holding Co.)
- Mati sebab heroin overdose masa umur 27 tahun 258 hari.
4) Jim Morrison (The Door)
- Mati sebab sakit jantung masa umur 27 tahun 207 hari.
5) Kurt Cobain (Nirvana)
- Mati sebab tembak diri sendiri (suicide) masa umur 27 tahun 44 hari.
(Dia pernah bagitau adik dia, dia ada niat nak join the Club 27) ish ish
6) Amy Winehouse
- Mati sebab ???? (tengah siasat) umur 27 tahun ?? hari.
Banyaaaaaaak lagi berpuluh-puluh lagi in the list. Nah link, baca sendiri KLIK SINI Wikipedia : The 27 Club
Ramai sangat dah Hollywood stars mati muda umur 27.. Kebanyakannya artis Rock & Roll. Jadinya, bagi diorang dah jadi trademark "Artis Rock & Roll mati umur 27 tahun".. Tapi ni kepercayaan orang putih. Kita percaya ajal dan maut di tangan Tuhan, Allah SWT :)
Sape umur 27 tahun? Beware... kihkih :Pp
↧
Signboard Di Bulan Ramadhan.....
Google-google-google jumpa gambar menarik pasal Ramadhan.. Sememangnya bukan gambar bulan bulat atau bulan separuh, tapi more or less like comic. Serious comey sebab papan tanda ni dia renovate jadi kata-kata perangsang (?) hah issit? macam what to do or what's not di bulan mulia Ramadhan....
Kreatif betul ^^
Salam Ramadhan buat semua kenalan dan tidak kenalan (?) : untuk seluruh manusia sejagat. Semoga amalan kita diterima dan diberkati & dapat men-tamrin-kan diri kita ke arah yang lebih baik. Insha-Allah... Jom kita manfaatkan bulan Ramadhan kali ini, manalah tau this is our last Ramadhan kan? sobs
.
↧
Bukan kutukan tapi reminder untuk diri sendiri...
Honestly rasa sedih sangat 2 hari dah berlalu.. Rasa sayang sangat nak sia-siakan sesaat pun sebab setiap saat sangat berharga untuk lipat gandakan ibadah.. Bulan Ramadhan ni bulan untuk kita semua rebut tiket-tiket ke syurga. Bulan BONUS!! Ibadah kita digandakan berkali ganda.. Ibadah sunat pahalanya sama taraf dengan ibadah wajib.. Ibadah wajib pulak berganda-ganda-ganda-ganda pahalanya. Doa makbul.. Badan sihat..
Untuk lebih efektif, haruslah ada Ramadhan Planner + Disiplin.. (From TV Al-Hijrah :P) Kalau tidak, harapan nak tingkatkan ibadah sia-sia saja.. Cakap tak serupa bikin. Memang pun.. Nak ngaji, nanti dulu. Nak Dhuha, nanti dulu. Macam ni lah senang, kalau ada planner dan ikut, kita akan dapat pahala luar biasa. Kalau tak buat planner, dapat pahala yang sepatutnya saja... (Tiada disiplin, planner tidak bermakna)
Sample:
Kita kalau main game di Facebook, pandai pula ya susun strategi macamana nak dapat banyak points/duit/cip.. Sepatutnya skill tu kita apply dalam kehidupan. Kalau kita pandai sangat main Cafe World sampai jadi jutawan, bawak-bawaklah kumpul pahala banyak-banyak macam kita kumpul duit bebanyak tu. (Kena batang hidung sendiri. Oops) Ini tak! Strategi games pandai susun, strategi pahala? Sikit-sikit countdown raya.28 days to RAYA. Can't Wait.. Errrr confuse di situ. Orang lain sedih, dia tak sabar nak habis puasa.....Motif sangat!
Gunakanlah masa di Bulan BONUS Bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan sungguh teliti dan bermanfaat.. Fikirkan,, apa jadi kalau ini merupakan Ramadhan terakhir kita??Sempat ke nak bertaubat?? Dah banyak dah pahala?? Dosa free-hair dah terbayar?? Dosa dating?? Dosa melawan cakap ibu bapa?? Dosa kering mengumpat?? Kita tak tahu bila ajal kita. Esok pun boleh jadi.... T____T Oh takut sungguh saya...
Syukur Alhamdulillah Allah bagi nafas dan nyawa untuk kita join Ramadhan kali ni tau. *terharu* Jom khatam Al-Quran banyak² kali. Rugi lah khatam sekali saja :)
Abah cakap :
Cuba renungkan, selama 20 tahun hidup, sepatutnya kita khatam Al-Quran AT LEAST 20x..
Kita ada?
Kena batang hidung sendiri. I better stop :) No I'm no good.
↧
↧
Girls tak boleh baca 1 hari 1 juzuk.
.
Oh sekejap nak ingatkan kita orang perempuan..
1 Juzuk = 20 mukasurat ye :) Banyak pahala ni... When there's a will there's a way :D
.
Alhamdulillah.. Puasa tahun ni rasa bermakna sangat sebab indescribable betul susah nak bagitau hangpa... 1) Sebab hati ni tenang sungguh, syukur Alhamdulillah.. 2) Dapat puasa dengan family tercinta dan Mak (nenek).. Seronok sangat tengok mak berselera sungguh makan.. Mak happy. senyum memanjang alololo. Terawih sama-sama terlanggar siku ngan mak hehehe.. Tengok TV ngan mak sambil borak dengan makan buah.. Sebenarnya saya happy tengok umi saya bahagia dan happy *hugs* Bila seorang ibu ni happy, anak dia dapat rasa jugak tau.. Syurga di telapak kaki ibu.. Sekarang ni ada 2 orang ibu di rumah saya dan bila tengok diorang happy, bertenang-tenang betul hati saya. Eh?
OK lah nak pegi sambung tadarus. Abah dah banyak juzuk nak habis dah 30 juz.. Saya hari ke-3 baru merangkak kat Juz 5.. huhuu kenapa ni tak produktif :(
Oh sekejap nak ingatkan kita orang perempuan..
Kalau nak khatam Quran dalam masa 30 hari, kita tak boleh ikut plan orang lelaki, 1 hari 1 Juzuk.. KENAPA???Alamatnya tak khatam lah di bulan Ramadhan hehehe sebab kita puasa tak cukup 30 hari.. Period hehehe. Jadinya kita sebagai orang perempuan kena lebih tough sikit paling kurang pun baca 1 hari 1½ Juzuk.. Dalam masa 20 hari boleh lah khatam Al-Quran... Tapi mesti lah kita nak khatam banyak kali kan??.. Kalau nak banyak kali, kena baca 1 hari 2 Juzuk.. InsyaAllah boleh.. Cuba slow-slow dan cuba hayati.. Apa-apa pun, pokoknya kualiti bukan kuantiti :)
1 Juzuk = 20 mukasurat ye :) Banyak pahala ni... When there's a will there's a way :D
.
↧
Nasihat Abah yang terkesan di hati..... :'D
Harini 11/8/11.. Cantik sangat tarikh birthday Abah kali ni. Memang once in a lifetime saja dapat tarikh secantik ni sebab nanti tak dapat dah.. Dalam bulan Ramadhan pulak tu. Kalau tahun 2111, mesti jadi 11/8/111.. Nampaknya kena tunggu 11 Ogos 3011 baru dapat 11/8/11 lagi sekali, which is impossible..
Birthday abah jatuh pada 11 Ogos / 11 Ramadhan.. Kita tak sambut dengan kek & candle blowing, Abah tak suka.. So, untuk solat terawih malam ke-11, Abah bawak pergi Masjid Putra, Putrajaya.. Best sangat sebab ramai sangat orang. Parking full macam solat raya dah :) Bila jalan kaki nak masuk main gate yang besar tu, ramaaaai sangat orang feeling macam kat Mekah. Tapi takleh lawan Mekah la, Mekah lagi amazing!
Eh? Jap!!! Tapi bukan nak cakap pasal ni..
Haritu Abah ada pesan something yang mengubah pandangan pada kehidupan. Tink* ehee. Emmm, Abah memang motivator terbaik! His words are wise...
Abah pesan...
Dalam apa pun situasi, susah dan senang, saya tak boleh tinggal doa.Saya tak boleh berpuas hati dengan apa yang saya ada dan capai sebab saya tak tahu apa yang akan jadi in the future, sebab semua ni kerja Allah. Sepatutnya kalau saya berjaya, saya lebih tingkatkan doa. Bukan berdoa time susah saja. Kejayaan ni tak kekal tanpa izin Allah.
Sebagai contoh, saya tak boleh bangga kalau saya dapat 4 pointer semasa study (contoh saja) sebab tak semestinya kerja besar.. Saya tak boleh bangga ada mata comel Selena Gomez (sah-sah la contoh yaaa kawan-kawan sekalian) mana tahu one day buta. Semua di luar jangkaan kita. Abah pesan, jangan main-main ya :) Rezeki dari Allah, Allah boleh tarik bila-bila masa saja. Apa yang perlu saya buat, ialah banyakkan berdoa untuk bekalan hari mendatang... Kuasa doa sangat powerful dan kuat :'D
Tapi doa pun kenalah secara beradab. Saya kena patuhi semua adab berdoa. Dan yang paling penting abah pesan, mestilah merendah diri dan berlapik semasa berdoa. Pertama sekali, kena banyak istighfar sebab kita manusia mestilah banyak dosa. Sangat tak sopan yaa buat jahat tapi berdoa nak yang best-best jer... mintak masuk syurga terus. Amboi doa nak yang best je tapi beramal cincai-cincai jer :P Tebal betul muka you yer... Mula-mula kena mohon keampunan dulu.. Siapalah kita ni nak mintak lebih-lebih terus.
Saya : Abah, macamana pulak kalau berdoa yang kita ingat saja? Tak ingatlah doa panjang2...
Abah : Sebab tu kena manage doa. Tingkatkan usaha cari doa-doa yang bagus. Himpunkan. Sangat rugi orang yang berdoa cincai dan dunia saja. Mestilah yang terbaik dan include dunia akhirat...
Saya :Alamak, habistu kalau baca dah dekat 10 tahun (contoh saja) doa versi simple tu macamana? rugilah kak ngah?
Abah : Jangan risau. Doa kena istiqamah. Doa ni bukannya kita baca terus makbul. Kita sendiri tak tau bila Allah makbulkan. Sebagai contoh : Nabi Adam berdoa mohon ampunkan dosanya, menangis sampai pipi terguris (kesan air mata) selama 40 tahun baru Allah ampunkan.. Nabi Nuh pulak, berdoa untuk meramaikan pengikut naik bahtera, tapi hanya 750 saja yang naik bahtera tu dalam tempoh 950 tahun berdoa... Sobs.. Tak perlu risau tentang masa, itu di luar jangkaan kita. Yang penting, kita modified dulu doa kita kalau rasa tak complete :) Makin meaningful kalau baca in a long term, InsyaAllah..
Saya merenung balik, tak salah berkongsi personal life kat public tapi sebenarnya apa motif sebenar kita tulis? - Gaji bulan ni boleh beli 4 butir beg Louis Vuitton. YAY!!! Confirm la nak bagi semua orang tahu pasal ni (walaupun sikit), bahasa kasarnya menunjuk. Kalau taknak, takkan tulis kat public ye dak? Ish2. Riak ni one day akan memalukan.. Tak semua yang kita rancang, menjadi... Kena ada Plan A B C dan D... Nauzubillah...
Bye..
↧
Sempena birthday saya 15 Januari 2012, saya mahu.....
mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang masih menghargai, mengingati, realize my existence dengan mengucapkan ucapan yg meaningful seperti 'happy birthday', 'selamat hari lahir/jadi', even 'hb'. Wpun pendek, itu semua bermakna sangat² tau.. Rase dekat je dgn org yg wish tu dan buat saya gembira tak kepalang. Wah.
Thanks kepada semua yg wish :
1) Mostly kat wall Facebook
2) Message Facebook
3) SMS
4) iMessage
5) Viber
6) MMS
7) Call
8) Face to face
8) Face to face
Finally dah selamat reply satu-satu. Ambik masa jugak lah kan nak reply setiap satu wall post sebab sangat berterima kasih. Taknak lah reply copy paste je ucapan yg sama sebab bg saya, org dah wish tu kite kene lah berterima kasih lebih sikit.... :D Bukan selalu orang nak bertegur sapa ngan kite nie... Thanks all.
Special thanks untuk semua yg berkorban celebrate walaupun tak di suruh. Terharu sangat :
(Yang ni taknak list ikut nombor sbb semua eksklusif dan semuanya sy prioritize)
- Housemates yg bertungkus lumus hadiahkan glossy choc cheese cake bertatahkan macaron yg sedap ni..
- Family yang tak putus-putus bagi kasih sayang + bagi tuuuuut dan rabito, bawak pergi klinik, jaga saya time saya terhuyung hayang nak pengsan minggu ni sobs. Bagi itu ini semua yang terbaik tanpa di request. Waaaaa terharunyeeeeee
- Whom it may concern yg belanja makan makanan 1st class.
- People yang bagi gifts
Serius terharu sbb sy tak mengharapkan apa-apa celebration sebab sy takut menyusahkan orang.... huhu. Kalau boleh masa hari jadi, nak duk senyap2 je dalam rumah. Boleh ke? To those yg x listed in any categories kat atas ni, takde masalah :):) Seriously takde masalah....Lagipun sekarang musim exam kan? Cumanyaaaa sy risau mereka ni terasa hati dgn saya sampai dendam tak nak bertegur sapa. I am really sorry :) Semoga ukhwah yg sedia ada terjalin tak putus sampai situ je tau.
Thanks again buat semua yg appreciate my existence dan doakan lah ye kesihatan saya, haritu saya kena intramuscular injection sedas & intravenous injection sedas. Sakit gile IM injection. Kenapa? taknak bagitau dan takkan bagitau. ~___^ Adoii.
↧
Sarah ni anti sosial betul
Salam Jumaat yang penuh barakah..
Onlinepun malas jugak sebab laptop ni sebenarnye bateri dia dah Innalillahiwainnailaihirajiuun awal tahun ni...Pun malas nak tukar baru. So, dia cepat hang. Leceh sangat-sangat nak kena sambung power supply sepanjang masa, nanti kang rosak pulak non-stop charging, saya sayang lappy saya :') Baik takyah on laptop, tutup je bagi dia rest. Cuma satu je yang ada talian hidup, eh dua.. my beloved "iPoda" and "Nur Rabitoh Siririna" hehe. Contact me via iMessage je okeyyyyyy.. Yang lain mungkin tak dapat di contact...
![]() |
Notification center ku |
Malas nye nak update blog sekarang ni..Facebook pun malas..Twitter pun malas eh ade twitter ke? Viber pun malas sebab bila korang message kan, asyik disappear je message korang.. Dapat bace kat notification center je sekejap, pastu bila excited nak bace, Viber kosong pulak. Bapakkk geram. Berape kali Uninstall + Install pun asyik di takuk yang lama dan rosak je Viber ni..Benci gile.. Handphone pun malas jugak, bateri kong sejak minggu lepas.. Malas gile nak charge. Buat perangai betul semua sekali. Takpelah orang nak cakap saya anti sosial pun :):) Yang penting, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Wah gitu.
Onlinepun malas jugak sebab laptop ni sebenarnye bateri dia dah Innalillahiwainnailaihirajiuun awal tahun ni...Pun malas nak tukar baru. So, dia cepat hang. Leceh sangat-sangat nak kena sambung power supply sepanjang masa, nanti kang rosak pulak non-stop charging, saya sayang lappy saya :') Baik takyah on laptop, tutup je bagi dia rest. Cuma satu je yang ada talian hidup, eh dua.. my beloved "iPoda" and "Nur Rabitoh Siririna" hehe. Contact me via iMessage je okeyyyyyy.. Yang lain mungkin tak dapat di contact...
![]() | ||||
Send to my Apple ID as usualllll. |
↧
↧
Which one should I play?
I'm in between..... Ehehehe if you're in my shoes kan, which song will you choose? Yang romantik-romantik la sikit, bulan Februari ni haa. Ohoh memain je.. Eh back to the topic, saya sangat keliru nak belajar/main lagu mana. Oh by the way, I play the piano.. jejejejeje. Tolong pilihkan untuk saya yang mana nak sambung belajar please...................
- Who Says by Selena Gomez (I play half song ady!) - sambung lagu ni sampai habis...
- The One That Got Away by Katy Perry (I play 3/4 song ady!) - belajar bridge and I'll complete the song
- Secrets by One Republic
- Set Fire To The Rain by Adele
- Give Your Heart A Break by Demi Lovato
- It Will Rain by Bruno Mars (I play half song ady!) - sambung je la lagu ni senang...
Tapi dalam hati nak belajar lagu baru no. 4 tu? hmmm :Pp Malas nak sambung lagu yang dah reti main sikit-sikit. Lolllllll.
↧
ENTRY UNTUK MY BELOVED AMIRA NG :)
HAAAAPPPYYY BIIIIRTTHHDDAAAAYYYYYY
MIRA MIAMORRRRR
Saya kan, tak tenang sungguh tak ucap birthday awak :( Uhh... Daripada 11 Februari lagi saya berjalan mundar-mandir teringatkan 12 Februari, 12 Februari, 12 Februari, 12 Februari...Birthday Mira, Birthday Mira, Birthday Mira, Birthday Mira. Sebab kekangan masa dan FB yg sy dah tutup tu, lambat pulak saya wish birthday awak. Kalau duduk katil sebelah-sebelah, saya selit je terus birthday card celah tilam awak. Bukan setakat tu, saya nak selit hadiah biar bonjol-bonjol tilam awak. Hihi..
Whatever it is,
Maafkan saya Mira..
SEMOGA AWAK PANJANG UMUR + MURAH REZEKI + DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT + BAHAGIA DENGAN FAMILY AND UR BELOVED ONE + CANTIK-CANTIK SOKMO + KERJA DENGAN PALING CEMERLANG (Im proud of u! Bangga pernah satu dorm dari form 1 okey!!) + BFF xoxo + DIMUDAHKAN URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT + JADI ANAK YANG SOLEHAH PD IBU BAPA + KEKAL BAIK + SEMUA SEKALILAH YANG BAGUS-BAGUS sebab Mira tak pernah tak bagus. Selalu adore kan awak ok :') Masa first-time masuk Tanjung lagi.
Baiklah
HAPPY BIRTHDAY ONCE AGAIN MY DEAR. Muahx
↧
My blog is acting weird? Ehhh
Hari Sabtu lepas balik kampung (Kelate) dan hari Ahad balik semula ke KL. Phewwww! Hari Isnin parents dah kerja. Sian Abah dan Umi penat drive.. Me? Duduk seat belakang senyap-senyap, menyampuk percakapan, surf internet and tido aje. Banyaknye cantik... Y U NO HELP UR DAD DRIVE???? Sebab....dalam bonet banyak barang, berat.. Tak sesuai dipandu oleh budak kecil... SEEMS LEGGIT .. Kerana busy yang amat..... email tah kemana, message di shoutbox tak direply, blog tak di update, birthday tak di wish (dalam hati ingat ni...sobsob)... Oh SMS juga. Maafkan wanita ini T____T
Harini dikejutkan dengan bilangan visitor ke blog yang ramai. First thing in my mind, "Ishh rosak (meroyan) agaknye blog ni". Blog busuk yang tiada update ni, takkanlah orang baca. Huhu.. Setiap kali refresh masih ramai. Oh ini perkara serius!
Oh oh! Follower juga semakin bertambah . (Maafkan juga wanita ini sebab tak biasa). Hairan juga mengapa begitu?? sebab blog ni dah lama tersadai ibarat ikan paus di tepi laut. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK AWAK dan statistically, follower ramai terdiri dari kalangan gigirls juga. Malu sangat sebab tak update. Rase nak menyorok belakang pokok taugeh. Hmmmmm...ingatkan rosak betul sebab ramai orang masuk. Selepas usha timeline twitter, rupanya my lovely sister, Safiyya shared me a link. OHHHHHHHH!!!!
Thanks to rilekrilek.blogspot diikuti dengan itsmesaiful.blogspot and many more listed (in my analitics) sbb promot. Err. #seganpulak. Saya tak layak pun sebenarnye. Wuhuu. Trust me saya sememeh je... Anyway thanks for the sweet moments. Till then, esok ada kelas...
Will update more frequently...
↧
Wednesday yg wordless
↧
↧
Lagu baru belajar main di piano :P
Hehehe. Masa hari Isnin haritu baru first time dengar lagu 'You're The Reason (Acoustic) daripada Victoria Justice'. Emm, selama ni kenal Victoria Justice ni gitu-gitu je. Dia berlakon cerita Victorious. But yeaah... Hari Isnin lepas, macam dah jatuh cinta dengan lagu ni sebab dia piano song.. yayyy saya memang suka sangat piano song.
Lepas tu saya pun pergi main kat piano. Yayyy suka suka suka. Haha. Tapi adatlah kan, name pun cover so, dia abit different lah. Same lah jugak macam memasak, kalau macaroon tu, dalam google image comel je, kalau Homemade macaroon, wajiblah rupe dia gaye-gaye cekodok. LOL. Saje je buat perbandingan... Same lah jugak dengan cover lagu... sekian :)
↧
25 idea yang korang cakap 'Elehhh' tapi sebenarnye 'Ohsemmm gile dow'
Lepas korang baca ni kan, gerenti semua akan cakap 'WHY DIDN'T I THINK OF THATTT!!???" Hahahahaha sebab saya pun macam tu. Mulut mengomel sampai senget bila tengok setiap gambar *tepuk dahi* Berikut ialah 25 diagram pelik yang boleh diaplikasikan untuk memudahkan kehidupan kita. Tibe-tibe. Hidup ni bukan susah sangat pun kalau kite pandai ejas-ejas sikit. Saya jumpa article ni daripada FB Aquila Asia pada bulan 1 (lambat beno nak share). Dalam 9gag pun ade uols. y u no read no faster?
![]() |
Credit to : amy-newnostalgia.blogspot.com |
Buang daun strawberry dengan straw. Tebuk laju-lajuu. Ade setengah orang tu, makan strawberry sekali dengan daun-daun terus pemalas gile wakakaka sebab daun dia melekat mcm bubuh gam gajah kan? Tapi bukan saya la pemakan daun tu..korang la tu :p (Sangat ideal untuk strawberry yg ade kat kek birthday, boleh try)
![]() |
Credit to : apartmenttherapy.com |
Licinkan balik permukaan perabot yg tercalar dgn menggosok walnut. Ambik je walnut seketul (boleh beli kat Jusco), gilap kat kesan calar sampai berkilat twinkling sparkling. Hehe. Ni tak sure sangat lah betul ke tak sebab tak cuba lagi..
![]() |
Credit to : unplggd.com |
Hilangkan kesan contengan crayon kat skrin TV/komputer/ dinding dengan WD40. Apekebende WD40 ni ye? (Kena google balik sebab tak femes kat Malaysia tapi malas nak google sekarang).. Oh click here for WD40's info.Sangat sesuai untuk ibubapa yg ada anak kecil suka Draw Something tak tentu hala. Tak payah babap, gonyoh dengan WD40 je.
![]() |
Credit to : athomewithrealfood.blogspot.com |
Ikat epal dengan getah (rubber band) untuk elak epal tukar warna cokelat. Biasa ibu-ibu bekalkan anak-anak buah epal yg dah dipotong supaya boleh makan time rehat. Tapi bila time rehat MasyaAllah epal dah oxidise dan anak-anak tak selera dah sebab dah masuk angin, basi katenye. Dugaan sangat. Boleh cuba idea ni ye para ibu.
![]() |
Credit to : marthastewart.com |
Masukkan cadar dalam sarung bantal supaya tak hilang dan senang nak cari. Ni biasa terjadi kat budak-budak asrama balik bermalam. Balik rumah basuh-basuh, malas nak lipat tolak ke tepi. Esok nak sekolah baru nak lipat. Alih-alih hilang dah sarung bantal berlencana sekolah. Menangis satu rumah. Hoho. Buatlah cani nextime, sedap mata memandang! Macam hotel kan? haha
![]() |
Credit to : realsimple.com |
Untuk kuatkan volume iPhone/iPod letakkan dia dalam mangkuk. Sebab apa? Sebab mangkuk ni bersikap hayun, eh tak dia bersikap concave shape (melengkung). iPhone kan speaker dia kat bawah so mangkuk ni amplifies the music. Semakin concave, semakin kuat bunyi. Sape bubuh dalam mangkuk leper ala-ala pinggan, good bye. Serious korang tak payah ar beli aksesori memahal tu wey. Mahal gile kot. Kurus dompet. One more thing, iPad boleh ke? Boleh je tapi kena cari mangkuk menguli doh kek yg gedabak sikit. Bawak la kehulu-kehilir mangkuk tu ye. Trololololol
![]() |
Credit to : savvyhousekeeping.com |
Simpan beg plastik dalam bekas wet wipes (tisu wangi baby). Jangan buang bekas dia, sangat berguna untuk organize plastik bag. Tapi saya suka lipat satu satu ikut jenis dan warna hiks. Tak paham kenapa orang longgok je dah la sakit mata memandang lepas tu tak menjimatkan ruang okey dan berkedut, ok bye blabbering on and on.
![]() |
Credit to : iheartnaptime.net |
Pakai bedak sebelum berlari-lari atas pasir di pantai. Tahukah kamu? Bedak boleh menyingkirkan pasir pantai dengan mudah semudah ABC? Seriously, u must try. Mulai sekarang sila tambah bedak dalam list picnic ke pantai. Saya pun selalu hampa sebab bila nak naik kereta, mestilah kena basuh kaki kat ombak tapi bila jalan jengket-jengket selalu je ada pasir yg melekat. Tensen giler. huh.
![]() |
Credit to : realsimple.com |
Simpan soft toys (anak patung, plushies, teddybear dll) dengan melekatkan dia pada velcro strip. Aaaa velcro strip tu macam pelekat yang kat kasut sekolah dulu. Bila tarik bunyi srekkk srekkk. Wahhhh. Velcro strip name dia. Sila hafal. Lekatkan kat dinding, boleh jadi wallpaper dan jimatkan ruang. Comel untuk bilik kanak-kanak.
![]() |
Credit to : flickr.com |
![]() |
Credit to : instructables.com |
Balutkan hos vacuum dgn sarung kaki untuk mencari barang yg halus dan kecil macam diamond, subang dll. Gotcha! Tak perlu meraba raba dah sampai terpaksa jadi Cinderella lap-lap habuk dengan tangan. Rumah bersih, barang yg hilang pun jumpa. Tapi elakkan stokin koyak, kang menangis pulak. Elakkan stoking tebal juga, kang seminggu vacuum tak jumpa-jumpa. Bahaha
![]() |
Credit to : realsimple.com |
Torehkan huruf 'X' atas penutup kotak kasut untuk jadi tempat letak cupcakes. Kotak cupcakes kan macam mahal kan. Untuk jimat, boleh toreh-toreh gitu je. Kreatif sangat :) Ikut ukuran cupcake, buat segiempat dan toreh X.
![]() |
Credit to : stephmodo.com |
Nah cara-cara melipat cadar dengan cantik. Ramai antara kita yg fed-up lipat cadar sebab kat hujung dia assymmetry kan. Haha kalau nampak cadar je terus passing kat mak dan cakap "Alamak besarnye, mak tolong lipat". But not me okey lol. Kadang-kadang kembung semacam je hasil lipatan haha nak tergelak tengok. Lepas ni, boleh lipat cadar dengan gembira dan ketagih melipat cadar mungkin?
![]() |
Credit to : sprwmn.blogspot.com |
Gunakan magnet untuk menyimpan bobby pin, klip rambut, tweezer. Kita sebagai perempuan selalu meratapi kehilangan pin rambut kat manelah pin rambut padahal baru je beli. Selalu je invest kat benda2 macam ni walaupun ialah RM1 kan. Tapi kalau beli selalu, kurusla dompet. Nice sangat guna magnet. Tapi bila pakai klip rambut toksah la lalu kat magnet, nanti kepala melekat pulak, sape nak tanggung?
![]() |
Credit to : realsimple.com |
Simpan kasut dalam shower cap untuk travellers. Bagus sangat untuk menjimatkan bilangan beg (sumbat je dalam beg baju) dan sekaligus mengelakkan tapak kasut mengotori baju anda. Plastic pun boleh, tapi shower cap memang fit la kasut tu. Ingat lagi masa camping KRS zaman sekolah dulu, bergantungan plastic bag (plastik rokrak ore kelate panggil) kat beg baju. Kasut ada 4, selipar jepun, kasut kawad, kasut sukan. Haih. Saya gantung keliling pinggang hahahaha noob sangat.
![]() |
Credit to : familyfun.go.com |
Simpan alatan kraftangan dalam muffin pan tapi sebelum tu, dalam setiap bekas masukkan magnet supaya dia stay in place. Kanak-kanak suka tarik tarik lepas tu tumpah... Ibu-ibu boleh cuba buat ni. Lebih bagus simpan dalam kitchen cabinet terus. No more worries. Haha. Kanak-kanak pun rasa terseksa gitu takleh Draw Something kat dinding.
![]() |
Credit to : unplggd.com |
Tag roti boleh buat label pada wayar elektrik. Macam kat atas, dia tulis mouse, keyboard dll. Kemas sangat. Tiada lagi wayar bergelimpangan dan kusut masai. Semua orang pun tak suka kusut masai kan especially earphone sebab nanti dia akan jadi pendek tak memasal muka melekat kat skrin laptop, karaoke berseorangan sambil cium skrin laptop. Simpan la tag roti gardenia :)
![]() |
Credit to : kiboomu.com |
Bake cupcakes terus dalam kon aiskrim. Jimat pun jimat duit, boleh makan lagi kon tu. Paper cups takleh makan ye kena ingat tuh. Dapat menarik kanak-kanak makan cupcakes kita. Tapi awas, kanak-kanak mungkin tertipu sebab sebijik macam aiskrim! Haaa. Mungkin boleh menaikkan selera budak-budak. Lagi bagus kalau simpan dalam fridge. Chill
![]() |
Credit to : squawkfox.com |
Dia kata microwavekan popcorn dalam paper bag yang coklat plain ni je daripada microwavekan dalam bekas mahal-mahal. Eco friendly, lebih sihat sebab tak emit radicals. Dan semestinya lebih murah. Saya rasa semua idea kat atas ni jimat, murah. Haha. Popcorn akan swell up and burst open dalam paper bag murahan ni tapi feeling-feeling beli popcorn kat TGV okeyy.
![]() |
Credit to : jengrantmorris.blogspot.com |
Letak satu tension rod untuk gantung bekas spray. Genius sangat, brilliant space-saver! :) (bukan kayu yang tension ye kawan kawan). Tension here means emm susah la nak cakap. Kalau fizik, keadaan yang tertekan disebabkan force atau tenaga yang bertindak berlawanan antara satu sama lain. Aaah. Bahasa kampung dia macam kayu yang ditekan oleh dua tenaga dari atas dan bawah dengan serentak. So, dia akan hang there. Ahah dah la tu tengok jelah gambar dah faham :p
![]() |
Credit to : 9gag.com |
Cara-cara buat telur rebus berbentuk hati untuk memenangi hati kekasih. Awwww kekasih sangat kan... Kekasih here means, mak ayah, suami isteri, kawan-kawan laa. Tidakkah comel ciptaan ini? So genius. Awww terus boil eggs di dapur.
![]() |
Credit to : wilton.com |
Terbalikkan muffin pan, lekatkan adunan doh biskut kat situ dan bakar! Lepas bakar kita akan dapat mangkuk aiskrim atau cocktail yang boleh dimakan. Seee. How cute this invention is. Boleh tak comel gile mangkuk biskut ni.. hehe. Doh biskut kan tak lembik sgt (tak macam adunan kek), jadi kite boleh lekat kat belakang muffin pan tu. Takde lah meleleh. Lagi sedap daripada kon aiskrim pun ada. Must try!
![]() |
Credit to : realsimple.com |
Buat kiub ais aloe vera untuk meredakan sunburn. Jus aloe vera ni kite boleh dapatkan kat Jusco ke (ish asyik Jusco je keje). Lepas tu, freeze kan dia. Lastly, kat mana sunburn? kat mana sunburn? haahaa ckp lebat. Lumurkan ke sunburn sebab aloe vera kan bersifat sejuk, dia boleh sooth kan sunburn tu.
![]() |
Credit to : lifehacker.co.au |
Gutter garden! Lekatkan guttering (saluran air hujan yg kat bumbung tu), lekatkan kat dinding. Make sure saluran air hujan tu janganlah guna yg sedang digunakan nanti mengamuk ibu bapa. Gunalah yg lama ye. Lepas tu, boleh lah semai biji benih seperti sayur sawi, salad dll. Sangat berbakti kepada tanah.
![]() |
Credit to : re-nest.com |
Gunakan bekas telur untuk menyimpan & categorize barang kecik2. Macam krismas decoration ke. Tapi kite orang Islam tidaklah menyambut krismas. Kita boleh menyimpan alatan lain macam guli, batu seremban dsb. Idea ni menarik jugak tapi telur kat Malaysia adakah dijual dalam kotak? Ahah rasenye dalam bekas plastik bukan? wakakaka.
Which one of these u like the most???
Panjang nye entry ni. Credit untuk semua websites yg brilliant and genius as stated above sebab bagi inspirations yang sangat menterujakan (is this word exists?). Okay. Thank you for taking your time reading the longest entry ive ever made. Bubye :)
↧
Wanna give your heart a break :)
Harini try edit video guna App Splice. App ni FREE je, tapi tak seseronok iMovie la. Boleh trim video, add text (tapi font dia limited), what else? boleh choose border, tak boleh add music. Emm, entahlah, untuk biasa-biasa okeylah kalau nak edit video. Hiks.
Anyone pernah install iMovie for mobile? Berbaloi tak?
Don’t wanna break your heart
Wanna give your heart a break
I know you’re scared it’s wrong
Like you might make a mistake
There’s just one life to live
And there’s no time to wait, to waste
So let me give your heart a break, give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break
Oh yeah, yeah
Wanna give your heart a break
I know you’re scared it’s wrong
Like you might make a mistake
There’s just one life to live
And there’s no time to wait, to waste
So let me give your heart a break, give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break
Oh yeah, yeah
I like this song. How about you :) ? xoxo
↧